kini ku rasa….

it must be her..

Posted by: Shamsul munir safini on: July 15, 2009

Ku tahu kau bukan seperti ku jangka, terlalu beza. bukan cuba menyedap rasa tetapi itu perlu ku terima. Ku juga tidak pernah terbayangkan betapa tegar perasaan mengatasi segala. tapi ku sedar ku terpaksa harungi jua.

waktu terlalu hapus, mata kian pudar, segalanya rapuh, tapi satu perkara tetap ku takkan pasrah.perkara yang terlalu lama ku beri dan ku rasa. aku tidak mengerti kenapa ia terjadi, tidak mampu mempersalahkan sesiapa kerana sesiapa tetapi aku.

Bertahan kerana sesuatu terlalu yang kita percaya takkan mudah kita melepaskannya.

“tidak tahu” terngiang-ngiang, lepaskanlah, kerana rindu dan segalanya perlu dilepaskan kerana ia kenyataan yang tidak dapat diungkap kembali, hanya pengganti melengkapkan segalanya.

apa yang terlebur akan di seru kembali jika kau percaya dari perasaan dan segalanya, sesaat ini berlaku kau akan mampu tersenyum.percayalah..

Bukan segala yang kita lihat berupa sepertin biasa bagi diri, dilihat segalanya rapi dan elok, namun wahai kalian rupanya segala itu berbeza dari segalanya. mata sama bulat namun nikmat lihat nya ternyata berbeza sama jua keadaan bagi segala di dunia. tiada apa yang sama sahaja.

Harus diingat dengan pantas penjelasan diberi terimanya tidak seperti dijangka, belas pemikiran tidak seperti belas perasaan, campur baurnya mendefinasi berbeza, terpisahnya mendefinasi lain. begitu seterusnya.

membanding memang menyeksa, kerana sesuatu yang sempurna amat mustahil namun hampir sempurna tidak mustahil, terfikikan itu mendetik bahawa ku perlu menerima segalanya.

sedar pengorbanan sesuatu bukan kerana mengharapkan sesuatu namun kerana rasa perasaan yang tidak dapat ditafsir mata yang menampakkan nikmat semata-mata,sedarlah…

berlari tapi tersungkur

Posted by: Shamsul munir safini on: July 14, 2009

tersungkur? tetapi masih mampu berlari itu sebenarnya, kejayaan tidak akan sampai jika masih memikirkan kenapa jatuh sebaliknya tidak terus bangun..memang itu perkara yang perlu dilakukan, tiada alasan lain yang perlu diungkapkan . Bimbangkan sesuatu dan sebagainya. Kemahuan hati perlu lebih mangatasi segalanya, tetapi harus diingat bahawa ia juga perlu diiringi dengan logika akal. Bukan hanya meluru buta melakukan sesuatu.

Terciptanya kita tentu mempunyai alasan tertentu malahan apa yang terjadi perlu diteliti, bukan hanya mendakwa sesuatu itu ketentuan dan tiada apa daya dilakukan demi mengubahnya. itu bukan yang diinginkanNYA.

Kini kalian perlsu sedar tentang sesuatu,pemberian yang diberkan bukan melayang datang tapi perlu di minta melalui usaha dari diri sendiri.

terfikir juga adakah berdosa jika aku sentiasa berharap dan mengalah, memang senantiasa aku menghadapi segalanya ini. Perkara yang sama kini berulang lagi. susah untuk ku meloloskan perasaan ini. terbawa-bawa ke mana-mana sahaja. diri mula terjaga, terbisik di telinga tentang apa yang dilakukan dahulu. Aku lantas terbangun dan terkontang kanting di alam maya ini.

beza tapi pasti

Posted by: Shamsul munir safini on: July 7, 2009

sempena pena masih utuh, tidak salah jika kekunci papan kekunci diturus jari jemari.  Hasilnya masih sama, tiada beza,mungkin masa dan ketika menentukan. Kerap juga apa yang berlaku terjadi sebegini, apa yang terjadi masih sama cuma berbeza cara dan bagaimana.

Apa yang terjadi perlu diterima dengan terbuka, tak mampu menolak kerana ia kehendak kita. Tiada sesiapa memaksa, tidak seperti perkara yang luar biasa kerana kita bukan luar biasa.

Madah ketika kini mungkin tidak seperti dahulu lagi, tapi kandungannya perlu dipercayai.

berharap……bahagia

Posted by: Shamsul munir safini on: July 4, 2009

Tanpa pasti ku meluru, hanya satu nama yang  ku ucap,selain dariNYA, berbisik di telinga pintaku kepadanya agar dirapatkan segalanya, namun ku tidak mampu memaksa walaupun di hati ini segalanya meronta.

Kini ku mampu bersyukur, pinta ku hanya secebis kasih,denyutan hati bertalu menghentak dada.

Biar yang didatangi hanya sementara namun ku terus bersyukur dengan segala nikmat yang diberi, ku tahu sekali ku bersyukur nikmat  yang lain akan pasti ku temui, yang menjadi soal hanyalah bila dan bagaimana.

Di satu persimpangan ku terdetik untuk bertanya bahawa adakah kesepian sepatutnya yang ku rasai? kata-kata hati memberitahu bahawa ku sememangnya begini, namun sifat degil memberitahuku sebaliknya. Kini ku sedari segalanya berlaku, tidak dapat dinafikan lagi.

Ku akui ku hanya yang lain-lain, tiada apa bezanya, namun apa yang ku kongsi selama ini cukup beerti buat aku. Aku mahu ia benar-benar berlaku walau terpaksa menipu kerana tiada apa lagi yang termampu.

Berkata kepadanya tentang situasi yang berlaku, kerana bagiku tiada apa yang perlu diragu, walau segalanya terlalu perit, ia sememangnya begitu.

Jika diri terus termanggu senyuman bahagia mu tidak akan dianggap, kerana ia terlalu penting bagiku,luaranmu bahagia tapi jiwa mu hampa, yakinlah diri mu juga berhak didahulu tidak semestinya mereka, jika ia benar dan nyata.

Jika itu yang kau mahu, akan sentiasa ku bantu, namun jangan jelik dengan diriku kerana ku masih dan akan terus berharap.

secakir terucap

Posted by: Shamsul munir safini on: June 19, 2009

Bekerja dan terus bekerja, itu yang mampu dilakukan. Bila usia dirasa terlalu laju,terlepas segala kesempatan lain. Dalam ketika itu, hampir semua tidak sempat dirasai. Tanggungjawab mendahului rasa hati.

Sekali ku tertunduk dengan kepenatan, larian tadi seperti berhenti bila bertembung kenangan, deruan peluh akan sentiasa membasahi diri . Kejadian tuhan,tidak dapat dinafi, itu yang pasti kerana aku ternanti-nanti kerana semua yang terjadi tidak pernah disesali.

Kepenatan masih terasa waima telah lama rasanya memanaskan badan. Celah hati mengatakan bukan kerana tenaga menjadi masalah namun,peikiran sentias menuju ke arah itu,letih,malas dan macam-macam lagi.

Isu pokok bukanlah kerana diri namun pemikiran mendetikkan segalanya walupun ketika hidup tidak pernah kita terfikir perkara di depan..

“Akak,sudah la tu..jangan pikir macam tu lagi dah, ‘everything will be ok’ tau!,” tegas di mulut turut dirasai dihati ketika apa yang diucapkan hati kepada kakakku yang ternyata termangu meikirkan masalah yang tidak pernah selesai.

Hati ku terus merasakan kepayahan yang sedang dilanda dirinya, dan telah ternyata bahawa dia terlalu banyak mencurahkan pertolongan kepadaku.

Dua tahun aku mengenalinya, dalam keluargaku, aku yang sulung,tiada abang atau kakak. Dia kini sudah menjadi sebahagian dari keluargaku sendiri, malahan perempuan yang paling lama pernah ku kenali tidak termasuk keluargaku.

Jika dahulu dia telah banyak membantuku,masakan kini ku harus terus melupakan segala pengorbanannya?

“Akak bukan apa dik, dah terlalu banyak perkara yang ingin diselesaikan namun akak kena hadapinya perkara ini, kadangkala bosan untuk menghadapinya,” sambil menutup mata, sempat dia berkongsi tentang apa yang terjadi disekeliling.

“Akak, tuhan buat sesuatu tu ada hikmah disebaliknya, bukan sengaja dicoret di minda dan diconteng dihati umatnya tanpa sebarang tujuan?,” soal ku agar dirinya lebih tenang.

Aku kadangkala melihat apa yang dialami tidak ubah seperti apa yang sering ku alami dalam hidupku, namun perspektif ku berbeza, terlalu berbeza. Jika dia di awan aku di bumi.

Aku sering mengaitkan situasi sesuatu itu dengan apa yang berlaku terhadap diriku, lemah longlai namun tidak mampu memohon pertolongan.

tribute to her..

Posted by: Shamsul munir safini on: May 28, 2009

Terlalu menginginkan sesuatu tetapi terjaga bahawa diri tidak pernah berbeda dari yang lain, kawan.. namun diri tidak pernah sedar yang sesuatu akan terjadi,membohongi hati dan perasaan bahaw dia milikku..

Kini diri harus faham tentang situasi, jangan dibuai mimpin sebaliknya perlu jaga dari lena kerana ia tidak akan berlaku.

Kau tidak pernah lekang dari ingatanku, namun bagimu aku cuma biasa, terpaksa hati melupakan segalnya, kerna diri ku tiada apa bagimu. walaupun perasaa ku hanya untukmu namun ia perlu dilupakan.

Sedarlah diri ku ini ,bahawa ku bukan untukmu, tapi hanya sebahagian mereka yang biasa, sekali lagi langsung keadaan ini ku sedari.

haruskah ku lupakanmu? kerna ku amat menginginkan mu..Sedar kah aku? belum pasti tentag sesuatu perkara, dihamburkan dengan harapan palsu, namun perkara yang telah terjadi tetap dilupakan.

Fahamilah bahawa aku harus menerimanya walaupun berat hatiku mengakuinya…S6300012

warkah terakhir..

Posted by: Shamsul munir safini on: May 28, 2009

AVON pandangan luarsalam saudara-saudara ku..

Maaf jika madah yang digunakan dalam helaian ini berkisar tentang kesedihan, namun setiap kesedihan mesti ada keindahan,tabahkan hati kuatkan semangat. Bukan sesuatu perkara yang perlu disedihkan, namun biarlah kesedihan datang kerana bangga.

Saya cuma insan biasa tidak pernah lekang dari melakukan kesilapan, namun sedar dalam mimpi, semua pertemuan mesti berakhir dengan perpisahan.

Pemergian ku kerana kepentingan semua dan bukan hanya berkisar tentang diri ku yang ternyata seperti dulu jua, tidak pernah berbeza dari apa sekalipun.

Lantas masa dan ketika membezakan keadaan kita, siapa saya tidak perlu difikir namun teriakkan di dalam hati saya kasih sayang meliputi segalanya.

Tiada kesalahan sesuatu yang luar biasa, adat berkawan mesti mengharunginya. Dari itu ampunkan segala kesalahan yang ada kerana sehina-hinanya diri saya ampun maaf ingin dipinta.

Hanya satu dalam hati, kita tidak perlu lagi merendah diri, kerana kini kita setanding dengan yang lain, malahan lebih dari mereka, namun biarlah kita bersederhana kerana takut timbul riak di dalam diri.

Arus perubahan perlu bijak ditangani, jangan biarkan diri melencon ke dakyah negatif, walaupun dalam sesingkat mana pun masa diberi terima dengan rela hati.

Saya yakin satu hari semua bakal menjadi mereka yang mendukung aspirasi diri dan famili sehingga ke mercu kejayaan.

Kelapangan yang ada akan ku gunakan dengan sewajarnya, merungkai segala peristiwa manis bersama…

Seminit bersama…

Posted by: Shamsul munir safini on: May 16, 2009

Hari ini teringat kembali padanya , setelah hampir 3 tahun lamanya tidak pernah bersua rapat sebegitu.Tatkala ku masih dalam keadaan yang penuh jelas, tiba-tiba terasa dikoyak apabila berpisah. Bersua mata dan mengukir senyuman kepadanya ternayata satu nikmat yang tidak terhingga. Kadangkala memikirkan samada ku layak merasakannya atau tidak. Namun berada di meja pejabat ku, sempat aku coretkan apa yang dirasai tatkala kesemuanya seperti kelabu sahaja. Melepaskan segala yang terbuku di hati.

Hampir seminggu ku berkeadaan sebegini, terlalu banyak yang difikirkan, satu-satu datang menjengah.

“Munir, claim bila nak dapat?,” teriak salah seorang rakanku di pejabat bertanyakan kemana menghilangnya claimnya yang dihantar tempoh hari.

Mungkin dia gusar apabila hampir dua minggu bayaran belum diterima. “Aku rasa minggu depan kot dapat, nanti aku check dengan bos,” jawabku meredakan perasaannya.

Sambil meleret senyuman kepadanya aku kembali menelaah dan menyentuh tetikus komputer riba ku bagi menghilangkan ’screen saver’ di skrin. “Aku tak tahu la apa nak jadi dengan aku ni, selalu sangat merasa bersalah dengan apa yang berlaku, sering merasakan diri tidak cukup sempurna bagi ku, takut dengan diri sendiri,” bisik hati kecilku.

Beginilah hidupku semenjak kali terakhir berjumpanya, tututan kerja tetap dilakukan bagi mencapai apa yang dihajati, namun manusia tidak pernah merasa puas hati engan apa yang dimiliki sebaliknya menginginkan yang lebih.

“Bersepah meja aku ni, tak perasan pulak banyak kertas kat atas ni, pen,buku, kabel kamera fon semua dilunggukkan disebelah, ermm…,” aku mengeluh sendirian.

“tuut,tuut,..” ‘Batteri pulak nak abis, susah betul la, mana chager ni,” aku lantas mencapai charger fon ku yang berada di lantai meja ku..

“CHARGING…”

Rakanku Hafiz merapati meja ku. “sekali sekala kemas la meja tu, dah macam tong sampah dah aku tengok,” teguran sinisnya terlekat di telinga kepalaku.

Aku menjawab dengan penuh hairan, sambil kepala terdongak kemukanya.

“eh, yeker, takpa lah, nanti la aku kemas,tak sempat kot, kalo sempat sekali dengan tempat ko aku kemas,” sambil aku terus menaip di kekunci komputer ku sambil dia membalas dengan gelak tawa.

Mataku sedikit sakit, dengan cahaya dari skrin komputerku namun disepetkan mata sambil mencapai cermin mataku di atas meja. Semalam tidur agak lambat apabila terpaksa menyudahkan bahan yang perlu disiapkan, banyak atau tidak tetap perlu disiapkan.

“Aduhai, lapar la pulak, aku tak makan tengahhari lagi rupanya,” aku mengeluh sendirian.

Namun, jika terlintas sahaja dirinya segalanya tiba-tiba hilang. Memori yang dahulu terungkai kembali. Segalanya kini terpulang kepada ku, menjadi begini atau sebaliknya. Namun aku redha, khidupan mesti diteruskan, apa yang dahulunya terjadi tidak perlu diingati, kita cuma merancang, tuhan menentukan.

terserah

Posted by: Shamsul munir safini on: May 7, 2009

Kesmeuanya telah dijelaskan namun terserah bagi dinilai,  di akhir rasa ini ku lapang dengan segala telah yang telah dijelaskan, namun detik hati ini masih seakan-akan gusar dengan apa yang berlaku, takut menjadi  jauh semua yang selama ini dekat denganku.

jauh?

Posted by: Shamsul munir safini on: May 3, 2009

Berpisah seketika namun sentiasa bersama, jelik dengan situasi sebeginn kerana logika akal tidak sentiasa menerima perlakuan serta pemikiran yang lapuk bagi seseorang ini. Percaya atau tidak ia sememangnya lumrah hidup bagi ngertikan kekuatan perhubungan, kerna itu, kita perlu percaya dengan apa yang dianggap ini, bukan cuba mengeruhkan pemikiran tetapi kerana termeterainya persahabatan, sehingga bila pun ia tetap akan dimeterai..peace!!