Posted by: Shamsul munir safini on: April 17, 2008
Memang kita tidak menyangkal isu kebanjiran pelacur warga asing di Negara kita.
Saban minggu ada saja kita terbaca atau mendengar media tempatan mendedahkan bagaimana golongan warga asing ini menggunakan pas lawatan sosial mereka untuk menjadi pelacur di Malaysia.
Walaupun undang-undang imigresen di negara kita amat tegas dalam menangani isu ini, namun masih ada yang terlepas darinya.
Usaha dari orang ramai amatlah diperlukan dalam menangani isu ini, bukan hanya berharap dari pihak berkuasa semata-mata.
Memang tidak dinafikan kealpaan kita dalam menangani isu bakal mengundang padah di kemudian hari, ketika negara sedang mengecap kemajuan, namun isu seperti ini menjadikan kita sedikit mundur ke belakang.
Di sekitar Kuala Lumpur seperti di kawasan Jalan Haji Taib dan di Chow Kit contohnya, aktiviti ini adalah biasa namun apa yang pasti ia dimonopoli oleh warga tempatan.
Tetapi di Jalan Pasar, Pudu, suasananya nyata berlainan, di kawasan ini aktiviti pelacuran di sini dimonopoli oleh pelacur warga asing.
Baru-baru ini wartawan jenayah Sinar Harian menjalankan satu tinjauan di kawasan berkenaan, tinjauan yang dilakukan pada malam hujung minggu ini bagi membuktikan bahawa aktiviti ini benar-benar berlaku.
Boleh dikatakan saban hari, tidak kira malam hujung minggu atau hari biasa, kita dapat melihat golongan ini menjalankan aktiviti mereka, tanpa menghiraukan tatasusila masyarakat di Malaysia.
Orang ramai tidak akan menyedari kehadiran golongan ini, tetapi apabila melihat di kiri dan kanan bahu jalan berkenaan, kita pasti akan menyedari kehadiran golongan ini.
Bila didekati mereka ini hanya seperti warga tempatan lain tetapi apabila di tegur mereka nampak kekok dalam berbicara memandangkan mereka sukar untuk memahami apa yang sedang kita cuba sampaikan.
Bukan kerana bisu, tetapi mereka kekok dek kerana hanya memahami apa yang dituturkan dalam bahasa ibunda mereka.
Kehadiran golongan ini bukanlah sedikit, tetapi semakin mereka semakin ramai apabila kawasan sekitarnya semakin sunyi.
Aktiviti mereka bermula sekitar jam 12 tengah malam sehingga lewat pagi, tujuh hari seminggu.
Hasil tinjauan Sinar Harian, golongan ini bergerak dalam kumpulan, namun ada juga di antara mereka bergerak secara bersendirian, tetapi apa yang pasti aktiviti mereka hanya di sepanjang jalan berkenaan.
Kami berpura-pura menjadi salah seorang pelanggan di situ bagi mendapatkan kepastian tentang aktiviti tidak bermoral ini.
Kami mendekati salah seorang pelacur di situ yang mengenakan baju ketat serta skirt pendek berwarna merah.
Keadaan fizikalnya yang agak kecil serta mempunyai rupa paras dan kulit yang cantik membuatkan orang ramai menumpu perhatian terhadap gerak gerinya.
Pada mulanya kami agak sukar untuk berurus niaga dengan pelacur berkenaan, dia tidak memahami bahasa Melayu dan hanya memahami ayat bahasa Inggeris yang mudah.
“how much?,” sambil menunjukkan isyarat tangan, kami bertanyakan harga yang ditawarkan untuk khidmat seks darinya
Dia tidak memahami apa yang cuba tanyakan, kami mencuba sekali lagi dengan menggunakan isyarat yang berlainan.
Setelah beberapa kali mencuba, dia faham apa yang dimaksudkan oleh kami dan menunjukkan sepuluh jarinya kepada kami.
Kami menggelengkan kepala tanda kurang setuju dengan harga yang ditawarkan, dia dengan segera mengangkat tangannya sambil menunjukkan isyarat lima kepada kami.
Kami tersenyum apabila mengetahui dia hanya meminta serendah RM 50 untuk perkhidmatan seks.
Kami cuba menawar sehingga mendapatkan perkhidmatan seks dengan harga serendah mungkin, namun dia tidak bersetuju dengan harga tersebut lalu meninggalkan kami.
Kami meninggalkan kawasan tersebut sambil menuju lorong belakang bangunan kedai di jalan berkenaan.
Kebanyakan pelacur warga asing ini melayan pelanggan mereka di kawasan belakang rumah-rumah kedai di sini, bagi pelanggan yang berkereta mereka akan mengikut ke mana sahaja mereka dibawa.
Tatkala munculnya siang, keadaan berubah seperti biasa, tiada lagi aktiviti tawar menawar dapat dilihat, segalanya akan bersambung semula keesokan harinya.
April 30, 2008 at 1:14 am
good writing.. elok hantaq depa ni blk ja… ‘mual’ tgk..huhu..
astaghfirullahazim..