kini ku rasa….

kenapa sekarang…?

Posted by: Shamsul munir safini on: September 7, 2008

walau apa pun kerjaya atau diri kita, ternyata kita masih tidak dapat lari dari  ‘harapan’, memang menjadi sesuatu kemestian untuk semua dari kita ingin menggapai impian atau harapan.

Kadnag kala mereka mempunyai harapan  yang tidak diidamkan oleh orang lain malahan ada yang mnegharap sesuatu yang tidak lebih kurang atau sama sahaja seperti orang lain.

Apa yang diharapkan merupakan keinginan hati yang digerakkan terus ke minda dan seterusnya dijanakan oleh keseluruhan anggota badan bagi menggapainya.

memang sukar bagi membiarkan sesuatu harapan yang telah kita idamkan hancur, tetapi apa yang terjadi merupakan ketentuan darinya.

Bagi yang sempat atau berjaya, Alhamdulillah, dan bagi mereka yang gagal, usaha lagi..itu prinsip yang selalu disemat di setiap corong hati bagi manusia yang berharap.

Walaupun begitu akan ada tetapinya, manusia yang tidak pernah sedar erti kenyataan tampak seperti melupakan sesuatu, harapan yang sememangnya sudah jelas dimata tidak mampu ke mana, masih mahu mengharapkan sesuatu..

hmm, itulah realitinya, dan itu dialami penulis sendiri, bhakan setelah mengetahui segalanya dan dicemuh oleh semua, harapan itu tetap abadi kerana yakin bahawa aku sememangnya mempunyai hak untuk berharap.

Setelah diteliti dan dihalusi benarlah apa yang kita harapkan tidak selalunya kita perolehi. Kenyataan bukan tandingan harapan. dalam erti kata lain apa yang kita perolehi perlu kita syukuri.

Kenyataan kadang kala lebih manis dari apa yang kita harapkan, cuma harapan dari kita, manakala kenyataan dari Allah yang esa.

Lantas penulis terfikir kenapa sekarang kenyataan yang datang lebih manis dari apa yang diharapkan..kalau tahu, dari dulu lagi penulis banyak berharap agar memperoleh kenyataan yang terlalu manis sebegini kan?

Leave a Reply