Posted by: Shamsul munir safini on: April 26, 2009
Ayah dan ibu merupakan pemberian yang tidak terhingga nilainya kepada kita, tanpa mereka siapalah kita, berkorban membesarkan kita sehingga mencapai usia sekarang. Mungkin ramai yang masih menyangka kita selesai tanggungjawab terhadap mereka apabila kita sudah mampu mencari rezeki sendiri, memiliki keluarga sendiri.
Namun ia hanya prasangka dan bukan kenyataan, ibu dan ayah adalah tanggungjawab besar sekiranya anaknya ialah lelaki dan menjadi lebih berat jika mereka merupakan anak sulung di kalangan keluarga mereka.
Tanggungjawab ini akan dibawa sehingga ke akhir hayat mereka, tidak kira mereka sudah atau belum mempunyai kewajipan mereka sendiri. Aku terdiri dari golongan ini, mementingkan segalanya tetapi masih berlandaskan tanggungjawab ini, aku anaknya dan mereka orang tua ku.
Banyak kali aku membuatkan mereka menitis air mata dek kerana sifatku yang degil dan keras kepala, pernah melontarkan kata-kata kasar kerana mahu membuktikan aku sentiasa betul, sedatlah bahawa apa pun yang disuarakan mahupun dilakukan mereka terhadap kita, kesemuanya adalah demi kebaikan kita selaku anaknya.
Kadangkala kita terlua bahawa satu masa dahulu kita tidak mengenal apa itu dunia sehingga dilahirkan ke dunia ini dan diajar dengan pelbagai ilmu dunia dan akhirat kepada kita.
Teringat sewaktu aku jarang berada di samping mereka dan menjaga mereka kerana terlalu leka menjalankan tugas sehinggakan masa-masa persekolahan ku pun ku tidak sempat meluangkan masa bersama mereka kerana bersekolah di negeri orang,
Kini ku sedar sejauh mana kita lari dari mereka ikatan yang terbina dan terjalin tidak akan putus kerana darah daging ku adalah dari mereka.
Aku sedar bahawa banyak yang ku perlu lakukan dalam menbuktikan kasih sayangku kepada mereka dan sebanyak mana kasih yang ku limpahkan kepada mereka masih belum cukup.

(31 :14-15 )
(31 :14-15)
April 27, 2009 at 3:58 am
-tersentuh-