kini ku rasa….

Archive for July 2009

bangkit

Posted by: Shamsul munir safini on: July 28, 2009

masih kah ada sesuatu jika ku beri kepada mu,bila dapat dipastikan ia terbuka,tidak pernah tersedar..
tiba sahaja setelah lama berkelana kini sedar kasih sentiasa wujud dalam segalanya,tidak kira siapa, kesempatan yang diberikan akan diguna sepenuhnya, aku terus menongkah, dengan satu harapan demi bahagia.
Bahagia ku tidak semestinya bahagianya, ku perlu lekas putus selesai agar bahagia dikecap bersama.
Sedarlah…bayang [...]

permudahkan

Posted by: Shamsul munir safini on: July 27, 2009

perasaan yang diluah sukar difahami atau sengaja pintu hati ditutup? persoalan yang sama ditalu berkali-kali walhal perkara mudah dianggap sukar.
Tidak perlu disalahkan sesiapa,bukan salah mereka jika puncanya ternyata dari kita, tidak berterus terang malah hanya disimpan, jika ingin diluahkan hanya  melalui tinta tidak melalui kata-kata.
Terus diherdik kerana tidak berterus terang, tapi sedarlah diri terlalu takut [...]

hardwork

Posted by: Shamsul munir safini on: July 27, 2009

terlanjur menulis , teringin untuk menjelaskan sebenar- benarnya apa yang terbuku, bukan maksud untuk merendah diri jika ada yang menganggap dn bukan juga mengelap suasana.
Diri telah lama bertahan dari segalanya, namun genggaman yang tidak pernah mudah ku lepaskan kini seolah-olah berderai di celah jemari ku. seolah-olah hanya memeluk diri untuk sesuatu yang tiada penyelesaian. Cemar [...]

it must be her..

Posted by: Shamsul munir safini on: July 15, 2009

Ku tahu kau bukan seperti ku jangka, terlalu beza. bukan cuba menyedap rasa tetapi itu perlu ku terima. Ku juga tidak pernah terbayangkan betapa tegar perasaan mengatasi segala. tapi ku sedar ku terpaksa harungi jua.
waktu terlalu hapus, mata kian pudar, segalanya rapuh, tapi satu perkara tetap ku takkan pasrah.perkara yang terlalu lama ku beri dan [...]

berlari tapi tersungkur

Posted by: Shamsul munir safini on: July 14, 2009

tersungkur? tetapi masih mampu berlari itu sebenarnya, kejayaan tidak akan sampai jika masih memikirkan kenapa jatuh sebaliknya tidak terus bangun..memang itu perkara yang perlu dilakukan, tiada alasan lain yang perlu diungkapkan . Bimbangkan sesuatu dan sebagainya. Kemahuan hati perlu lebih mangatasi segalanya, tetapi harus diingat bahawa ia juga perlu diiringi dengan logika akal. Bukan hanya meluru [...]

beza tapi pasti

Posted by: Shamsul munir safini on: July 7, 2009

sempena pena masih utuh, tidak salah jika kekunci papan kekunci diturus jari jemari.  Hasilnya masih sama, tiada beza,mungkin masa dan ketika menentukan. Kerap juga apa yang berlaku terjadi sebegini, apa yang terjadi masih sama cuma berbeza cara dan bagaimana.
Apa yang terjadi perlu diterima dengan terbuka, tak mampu menolak kerana ia kehendak kita. Tiada sesiapa memaksa, [...]

berharap……bahagia

Posted by: Shamsul munir safini on: July 4, 2009

Tanpa pasti ku meluru, hanya satu nama yang  ku ucap,selain dariNYA, berbisik di telinga pintaku kepadanya agar dirapatkan segalanya, namun ku tidak mampu memaksa walaupun di hati ini segalanya meronta.
Kini ku mampu bersyukur, pinta ku hanya secebis kasih,denyutan hati bertalu menghentak dada.
Biar yang didatangi hanya sementara namun ku terus bersyukur dengan segala nikmat yang diberi, [...]