Posted by: Shamsul munir safini on: July 14, 2009
tersungkur? tetapi masih mampu berlari itu sebenarnya, kejayaan tidak akan sampai jika masih memikirkan kenapa jatuh sebaliknya tidak terus bangun..memang itu perkara yang perlu dilakukan, tiada alasan lain yang perlu diungkapkan . Bimbangkan sesuatu dan sebagainya. Kemahuan hati perlu lebih mangatasi segalanya, tetapi harus diingat bahawa ia juga perlu diiringi dengan logika akal. Bukan hanya meluru buta melakukan sesuatu.
Terciptanya kita tentu mempunyai alasan tertentu malahan apa yang terjadi perlu diteliti, bukan hanya mendakwa sesuatu itu ketentuan dan tiada apa daya dilakukan demi mengubahnya. itu bukan yang diinginkanNYA.
Kini kalian perlsu sedar tentang sesuatu,pemberian yang diberkan bukan melayang datang tapi perlu di minta melalui usaha dari diri sendiri.
terfikir juga adakah berdosa jika aku sentiasa berharap dan mengalah, memang senantiasa aku menghadapi segalanya ini. Perkara yang sama kini berulang lagi. susah untuk ku meloloskan perasaan ini. terbawa-bawa ke mana-mana sahaja. diri mula terjaga, terbisik di telinga tentang apa yang dilakukan dahulu. Aku lantas terbangun dan terkontang kanting di alam maya ini.
Recent Comments