Hari dahulu kembali
Posted by: Shamsul munir safini on: August 24, 2009
Bersandarkan kepada kehidupan kini hanya untuk berdiri pada kehidupan kelak, teriak diri ku cuba kuatkan hati dan kaki ini bagi menggapai apa yang ingin dikecapi namun payah. Kesusahannya tidak dicapai minda namun hati merasa.
Tidak pernah selesai,satu persatu hadir namun segalnya sama. sekali sekala tertiup di halua telinga tentang apa yang sepatutnya namun tegar hati memilih apa yang dirasa. Tidak pernah memaksa untuk menerima namun kehadirannya ternyata merubah segalanya.
Lantas hati terpaksa merasa bahawa ia hanya dambaan biasa kerana kita merasa tapi tidak mereka. sempurnakah diri menyelubung hati, tiada apa yang dimahu,cuma kerap bimbang,risau sampai bila akan terus begini sehingga tiada nyawa mungkin.
Berdoa setiap detik moga dibuka hati semuanya,terima ku seadanya kerana kekuatan mu menyempurnakan kelemahan diriku.
“kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar,mengubah sedih jadi riang,mengubah amarah jadi ramah,mengubah musibah menjadi muhibbah,benarkah? sekalipun ia telah diurai dan dijelas,namun jika ia datang aku malu pada kenyataanya,lidah mampu mengurai namun tanpa lidah ia lebih terang, pena tergesa menulis, kata-kata pecah berkeping namun tetap sampai, dalam mengurai,akal terbaring tidak berdaya akhirnya ia sendiri menyatakan sendiri bagaimana dan mengapa,”
August 24, 2009 at 3:54 pm
Saudara…Jgn pernah berhenti berdoa..insyaAllah janji Allah itu pasti..:)