Posted by: Shamsul munir safini on: October 22, 2009
Jangan terlalu kit adibelengu kemarahan dan gusar akan suasana sekeliling seolah-olah dinding mahu boleh berkata dan sagalnya hidup. Jika dipikirkan sehingga bila-bila pun kita tidak akan mampu hidup dan berlijak di kaki sendrir. Kadangkala apa yang dipikirkan orang selalunya ternyata berbeza dengan apa uang kita lakukan.
Bagi kita segala yang kita lakukan telah ternyata dengan jelas ianya benar, dengan yakin banyak dari mereka melihat ia dari sebaliknya, apa yang kita rasakan tidak seperti yang mereka sangkakan , mungkin bagi kita segalnya baik, namun bagi orang lain ia tidak sejernih yang kita lihat.
Usah takut dan jangan risau akan segalanya itu, yakinlah dengan apa yang dilakukan jika kita percaya ianya benar dan sememangnya benar. Tuhan maha adil, hanya dia yang menghakimi perbuatan kita dan selagi kita masih belum lari dari apa yang diturunkannya, selagi itu kita sentiasa benar.
Hati manusia berbagai rupanya, jika hari ini kiri palingannya, esok mungkin ke kanan palingannya., jadi bersabarlah menghadapi mereka, apa yang pasti kekuatan dirimu tidak mudah digoncang pikiran tidak akan diganyang kerana kamu adalah dirimu.
October 22, 2009 at 11:28 am
love this song..kata2 nya yg menarik